Monday, 11 June 2012

Program Sekata

Program Sekata Kat D'Village Ayer Keroh......

Permainan Pertama: ambil Tandatangan

Permainan Kedua: Kenali Ciri2 Diri








Resort




...Terima Kasih Sudi Membaca...

Sunday, 20 May 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 kepada semua pelajar tingkatan Satu, Peralihan, Dua dan Tiga yang bermula pada 21 Mei 2012 hingga 25 Mei 2012.



...Terima Kasih Sudi Membaca...

Monday, 14 May 2012

Sekata Outreach - Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita

Sekata Outreach - Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita Anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Perhubungan Negeri Melaka(LKPIM) Dengan Kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Negeri Melaka(LPPKN) dan Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Tun Tijah, Melaka dijalankan pada 12 Mei 2012 (Sabtu) bertempat di D'Village Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Objektif Program
1. Mengembeling dan menggerakkan ahli keluarga, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan setempat dalam usaha pencegahan jenayah dalam kawasan setempat.
2. Membangun dan memperkukuhkan sistem-sistem sokongan termasuk sedia ada di dalam komuniti.
3. Memperkukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi pendidikan dan kemahiran kekeluargaan menerusi pendidikan dan kemahiran kekeluarga.
4. Mempertingkatkan kualiti hidup dengan mengekalkan ketenteraman, keselamatan dan kebajikan rakyat selaras dengan kemajuan ekonomi.


Aturcara:    
08.00 pagi   : Pendaftaran
08.30 pagi   : Taklimat 
                    Ceramah 1
                    Pembangunan Kendiri (Siapa Saya) oleh En. Zaharin Bakri (LPPKN Melaka)
10.30 pagi   : Minum Pagi
11.00 pagi   : Ceramah 2
                     Gaya Hidup Sihat (Tanggungjawab Seksual)-En. Zaharin Bakri (LPPKN Melaka)
01.00 ptg    : Rehat/Makan tengahari/Solat
02.30 ptg    : Abstinen
                   -Menghadiri Situasi Berisiko tinggi
                   -Kemahiran Teknik Penangguhan
                   -Kemahiran Teknik Penolakan
                      -Pn. Asma Ahmad Azraai (LPPKN Melaka)
04.30 ptg   : -Ucapan Pengetua
                   oleh Tn Hj. Yatim Bin Sulaiman (Pengetua SMK Tun Tijah)
                    -Ucapan Perasmian Penutup
                    oleh Puan Sri Datuk Hjh Zabedah binti Abdullah 
                           (Pengerusi LKPIM Perhubungan Negeri Melaka)
                     -Penyampaian Sijil/Cenderahati
                     -Minum petang










...Terima Kasih Sudi Membaca...

Tawaran Mengikuti Seminar Bimbingan Peperiksaan SPM Bagi Ahli Kelab TaHa

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Berita Harian akan menganjurkan Seminar Bimbingan Peperiksaan SPM seperti ketetapan berikut:
Tarikh:    26 Mei 2012 (Sabtu)
Masa:     7.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat:  Dewan Seminar,
              Aras 3, Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi,
              Universiti Teknikal Malaysia (UTEM)
              76100 Hang Tuah Jaya, Melaka
Pakaian: Pakaian seragam sekolah


...Terima Kasih Sudi Membaca...

Friday, 11 May 2012

Tips Menghadapi Kesedihan..



Bersedih selama setahun atau lebih selepas kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah perkara biasa. Beri masa kepada diri sendiri, dan dapatkan sokongan yang diperlukan.

Langkah-langkah:

1. Mengadu kepada kawan-kawan dan keluarga. Mereka mungkin tidak memahami apa yang anda sedang lalui, tetapi mereka boleh menawarkan bantuan. Dapatkan sokongan tambahan daripada orang-orang yang berpengalaman dalam menangani kesedihan.


2. Jaga kesihatan anda. Kemungkinan ini merupakan satu perkara terakhir yang anda ingin lakukan, tetapi ia boleh membantu anda menghadapi dan mengatasi kesedihan dengan lebih mudah.

3. Buat temu janji dengan seorang kaunselor atau menyertai satu kumpulan sokongan menerusi e-mel.

4. Berbincang dengan doktor anda mengenai anti-depresi sekiranya anda susah hendak bertindak balas.

Petua-petua:

1. Berkreatif. Ramai orang mendapati mewarna, melukis dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan dengan penuh perasaan boleh menenangkan fikiran. yes.gif

2. Baca mengenai peringkat-peringkat dan kesan-kesan kesedihan supaya anda menjadi lebih biasa dengan pengalaman anda sendiri.

3. Perhatikan, bahawa sesetengah orang tidak menunjukkan perasaannya sehinggalah ke suatu waktu yang lama setelah peristiwa kehilangan tersebut.

Amaran-amaran:

Jauhi minuman keras dan dadah. Menyembunyikan emosi boleh membuatkan anda tidak produktif.

Elakkan daripada membuat keputusan yang besar dan penting ketika anda dalam keadaan bersedih.

Sumber: http://www.geocities.com/azdriana13/sedih.htm



...Terima Kasih Sudi Membaca...

Thursday, 10 May 2012


...Terima Kasih Sudi Membaca...

Tips Gembira Sepanjang Masa

Tip Gembira Sepanjang Masa

Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. BersyukurBersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orangSebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.


...Terima Kasih Sudi Membaca...

Wednesday, 9 May 2012

Tips Memilih Teman Baik

kawan
"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita.
Kenapa ya?
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.           
 Maka, Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.             
Nak cari di mana?Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.  
...Terima Kasih Sudi Membaca...

Menegur atau menyindir?

alt
Setiap manusia yang Allah ciptakan sama sahaja, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dan masing-masing mempunyai hati dan perasaan. Adakalanya kita ketawa dan adakalanya kita  sedih dan menangis. Ada juga manusia yang mudah tersinggung dan terasa hati, dan ada juga manusia yang tiada perasaan langsung. Apa yang bezanya di sini ialah bagaimana cara manusia mengawalnya.

...Terima Kasih Sudi Membaca...

Kekurangan Itu Kelebihan!

Kekurangan Itu Kelebihan!

Kumbang
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).

...Terima Kasih Sudi Membaca...

Tuesday, 8 May 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
Tingkatan 5 9 Mei 2012 hingga 25 Mei 2012
Tingkatan 4 10 Mei 2012 hingga 25 Mei 2012

...Terima Kasih Sudi Membaca...

Majlis Anugerah Kecmerlangan PMR & SPM Dan Pentauliahan Pengawas

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR & SPM Dan Pentauliahan Pengawas diadakan pada 7 Mei 2012  jam 3.00 petang di Dewan Tun Teja, SMK Tun Tijah, Melaka.  Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Tamby Chik (Pengerusi RISDA). Majlis berakhir dengan sesi bergambar pada pukul 5.30 petang.

Visi- Melahirkan Insan Cemerlang Dalam Akademik, Kokurikulum Dan Pembentukan Sahsiah Menjelang 2015
Misi- Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dalam sistem pendidikan bagi melahirkan insan yang cemerlang.
Objektif 
  - Memberi pengiktirafan dan menghargai jasa serta sumbangan pelajar dalam semua bidang.
  - Memupuk sikap bertanggungjawab, berdaya pimpin, minat dan potensi individu ke arah kecemerlangan
  - Mendorong ke arah melahirkan pelajar yang bercita-cita tinggi dan memupuk budaya hidup cemerlang.
 - melahirkan pelajar yang cinta akan diri sendiri, sekolah dan negara di samping memupuk semangat kerjasama.



...Terima Kasih Sudi Membaca...

Sunday, 6 May 2012

Semakan Kemasukan ke IPTA

Lepasan SPM boleh mula semak kemasukan ke IPTA
www.bharian.com.my
...Terima Kasih Sudi Membaca...

Semakan Tawaran ke Kolej Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013


Makluman.

Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi.
Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :

  • Nombor Kad Pengenalan atau
  • Nombor Lembaga Peperiksaan
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/



...Terima Kasih Sudi Membaca...

Thursday, 3 May 2012

Perkhemahan Waja Diri












Perkhemahan Waja Diri diadakan di SMK Tun Tijah, Melaka pada 27 April 2012 hingga 29 April 2012  bermula Jumaat hingga Ahad. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Pasang Khemah / Persiapan Dapur, Pertandingan Masakan Rimba, Kuliah Kerohanian / Bimbingan Moral, Ice Breaking,Senamrobik, Kawad Kaki, Pertolongan Cemas, Aktiviti Ikatan & Gazet, Aktiviti Ronda Pandu Arah, Malam Kebudayaan dan sebagainya.
...Terima Kasih Sudi Membaca...

Perkemahan Waja Diri -Perbarisan oleh Unit Beruniform

Perkhemahan ini telah diadakan bermula pada 27 April 2012 hingga 29 April 2012( Jumaat-Ahad) di Padang SMK Tun Tijah, Melaka


Pasukan PBSM Dan Puteri Islam...


Pasukan Pandu Puteri Terus Semangat!


Jurulatih Memberi Tunjuk Ajar Kepada Murid2..




Pasukan Yang Bersemangat..!!


...Terima Kasih Sudi Membaca...

Tuesday, 1 May 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Bawah

makluman: semakan tawaran ke tingkatan 6 bwh blh mula di semak di website ini www.moe.gov.my

www.moe.gov.my
...Terima Kasih Sudi Membaca...

Wednesday, 18 April 2012

Program Motivasi "Impian Saya" Tingkatan 1, 2, dan 4

Tarikh: 5 April 2012 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi-10.30 pagi
Tempat: Dewan Tun Teja, SMK Tun Tijah, Melaka
Sasaran: Pelajar Tingkatan 1. 2 dan Tingkatan 4
                Azam, cita-cita dan matlamat semuanya merujuk kepada satu perkara serupa- Impian Anda ! Dalam perniagaan, kekeluargaan, kerjaya dan kewangan, Anda perlu bergerak ke depan. Sebab masa berubah menjadi bergerak ke depan. Maka dengan itu, anda juga haruslah ke depan. Oleh itu, penting program Impian Saya ini dilaksanakan supaya para pelajar mendapat pendedahan penting mengenai Impian yang ada dalam diri mereka dan tips bagaimana cara untuk mencapai Impian tersebut.
 

...Terima Kasih Sudi Membaca...

Sunday, 15 April 2012

PROGRAM MOTIVASI "IMPIAN SAYA"


Pelajar sedang mendengar ceramah disampaikan
Add caption






Tarikh: 13 April 2012 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Tun Teja, SMK Tun Tijah, Melaka
Sasaran: Pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

                Azam, cita-cita dan matlamat semuanya merujuk kepada satu perkara serupa- Impian Anda ! Dalam perniagaan, kekeluargaan, kerjaya dan kewangan, Anda perlu bergerak ke depan. Sebab masa berubah menjadi bergerak ke depan. Maka dengan itu, anda juga haruslah ke depan. Oleh itu, penting program Impian Saya ini dilaksanakan supaya para pelajar mendapat pendedahan penting mengenai Impian yang ada dalam diri mereka dan tips bagaimana cara untuk mencapai Impian tersebut.


 Penceramah sedang menyampaikan input yang berguna kepada pelajar


 Para pelajar sedang mendengar dan mencatat input yang disampaikan oleh penceramah

...Terima Kasih Sudi Membaca...