Wednesday 14 March 2012

Sejarah SMK Tun TIjah

Gambar Lama


Gambar Baru




Sejarah awal Sekolah Men. Keb. Tun Tijah bermula pada tahun 1959 iaitu hanya mempunyai sebuah sekolah menengah Melayu untuk pelajar perempuan di Sekolah Menengah Inggeris Gajah Berang. Kelas ini mempunyai 40 orang pelajar.
Pada tahun 1961, terdapat 3 buah kelas dan pelajarnya seramai 120 orang. Pada tahun ini juga, kelas menengah Melayu yang terdiri daripada 11 buah darjah aliran Inggeris telah dipindahkan ke Durian Daun, Melaka. Pentadbiran kelas ini dikelolakan oleh Sekolah Tinggi Perempuan Melaka yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pada tahu 1964, terdapat 10 buah kelas menengah Melayu dengan bilangan pelajar seramai 330 orang dan guru seramai 16 orang, maka pentadbirannya tidak lagi dikelolakan oleh Sekolah Tinggi Perempuan Melaka. Aliran Inggeris diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Bandar Melaka.
Ketiadaan bangunan sendiri menyebabkan sekolah ini menggunakan bangunan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan bangunan asrama Perempuan Melayu yang belum diduduki.
Pada awal tahun 1965, sekolah ini berpindah ke bangunannya sendiri dan sekolah ini dirasmikan pada 9hb Oktober 1965 oleh Y.B Encik Mohd Khir Johari iaitu Menteri Pendidikan Malaysia. Nama sekolah ini ialah Sekolah Tun Tijah iaitu diambil sempena nama serikandi Melaka iaitu Tun Teja.
Perkembangan sekolah ini amat pesat iaitu 13 buah kelas pada tahun 1965, 24 buah kelas pada tahun 1973 dan bilangan pelajar turut meningkat dari 425 pelajar kepada 973 pelajar. Pada tahun 1969, sekolah ini hanya mempunyai sebuah lagi bangunan tambahan untuk 7 buah bilik darjah dan sebuah perpustakaan.
Pada tahun 1977, bermula aliran sains dan pelajarnya seramai 32 orang dan kemasukan pelajar lelaki bermula pada tahun 1989.
Peristiwa penting di Sekolah Tun Tijah ialah penambahan Pusat Sumber yang dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Rahim Tamby Chik iaitu Ketua Menteri Melaka pada 19hb Julai 1984. Surau sekolah ini dirasmikan oleh Tuan Hj. Hashim bin Mohammad iaitu pada 21hb Oktober 1978.
...Terima Kasih Sudi Membaca...

No comments: