Tuesday 10 April 2012

Program Pintar Belajar

Kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah.  Bagi mencapai kecemerlangan tersebut, kerajinan dan usaha yang gigih perlu diiringi dengan teknik kemahiran belajar yang berkesan. Dengan pengalaman teknik belajar yang berkesan, pelajar bukan sahaja dapat menggunakan tenaga dan masa yang minimum tetapi memberikan hasil yang maksimum.  Justeru, adalah penting untuk pelajar, khasnya pelajar-pelajar tingkatan tiga dan lima diberikan pendedahan mengenai teknik dan strategi belajar bagi memantapkan minda mereka dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Program ini adalah anjuran bersama Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Tun Tijah, Melaka telah diadakan pada 5 April 2012 (Khamis) pada jam 11.30-2.40 petang bertempat di Dewan Tun Teja, SMK Tun Tijah, Melaka.  Sasaran pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

Pengisian: Ceramah 1-Teknik Belajar
                Ceramah 2-Pintar belajar
                Sesi Soal Jawab














...Terima Kasih Sudi Membaca...

No comments: